Wednesday, 11 January 2012

Metafizik (jangkaan jodoh)... hanya jangkaan...


Korang tentu pernah dengar mengenai teknik pengiraan nombor tarikh lahir yang boleh mencungkil rahsia sikap dan personaliti seseorang. Tahukah korang bahawa dengan menggunakan Teknik yang sama, korang boleh menjangka tahun korang akan menerima lamaran atau berkahwin? Surprise kan?

Ya, seperti yang kita ketahui, Allah s.w.t telah menentukan rezeki, ajal dan jodoh seseorang sebelum seseorang itu dilahirkan. Jadi bolehkah jodoh ini kita jangkakan? Ok, tak per… Apa kata kita cuba ya~ Bagi sesiapa yang dah berkahwin pun boleh cuba teknik ini untuk mengenal pasti sama ada teknik ini menunjukkan jangkaan yang betul atau disebaliknya. Walaubagaimana pun, diingatkan, teknik ini hanya sekadar untuk kita menjangka sahaja. Sekadar untuk suka-suka dan tak perlu percaya sangat. Jangan kata ianya salah satu cara menilik nasib pula. Huhu~
Ok, caranya begini…
Saya gunakan tarikh lahir 14 Feb 1984, sebagai contoh… (ini bukan tarikh lahir saya ya.. huhu~)
LANGKAH 1
Buat seperti rajah pengiraan dibawah.

Petak barisan pertama;
Hari lahir:
1+4= 5
Bulan lahir:
0+2=2
Tahun lahir:
1+9=(*10) => 1+0=1
8+4=(*12) => 1+2=3
Petak barisan kedua;
Jumlah tarikh lahir + Jumlah bulan lahir:
5+2=7
Tambah jumlah tahun lahir:
1+3=4
Petak barisan ketiga;
7+4=(*11) => 1+1=2
*sekiranya hasil tambah, mendapat jumlah 2 digit (cth; 11, 12, 14), tambahkan lagi jumlah 2 digit itu hingga menjadi hasil 1 digit sahaja.
LANGKAH 2
Tambah jumlah setiap tahun dengan mendapatkan hasil 1 digit. (cth; 2007 => 2+0+0+7=9). Jadi;
2007=9
2008=1
2009=2
2010=3
2011=4
2012=5
2013=6
2014=7
2015=8
2016=9
2017=1
Dan seterusnya… (kira sendirilah, huhu~)
LANGKAH 3
Lihat balik rajah pengiraan pada LANGKAH 1 tadi. Bandingkan angka-angka pada petak yang berwarna kuning, pink, dan biru seperti rajah dibawah.

Jika Kamu Lelaki;
Gunakan angka pada petak berwarna pink sebagai petunjuk tahun jangkaan berkahwin.
Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir lelaki, maka angka jangkaan berkahwinnya adalah ‘7’ iaitu pada tahun 2014 (lihat semula hasil pengiraan tahun pada LANGKAH 2).
Walaubagaimana pun, terdapat toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu, boleh jadi tahun jangkaan berkahwin adalah pada tahun 2013, 2014, 2015. (Dah nama pun, jangkaan sahaja…)
Jika Kamu Perempuan;
Perlu membuat 3 jenis pengiraan untuk menentukan tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran. Iaitu, dapatkan hasil digit dengan mencampurkan; petak kuning + petak pink, atau petak pink + petak biru, atau petak biru + petak kuning.
Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir perempuan;
Kuning+pink => 5+7=(*12) 1+2=3 [iaitu pada tahun 2010]
Pink+biru => 7+2=9 [iaitu pada tahun 2016]
Biru+kuning => 2+5=7 [iaitu pada tahun 2014]
Sama seperti lelaki, tahun jangkaan ini juga mempunyai toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu boleh jadi tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran adalah pada tahun;

2009,
2010,
2011

2015,
2016,
2017

2013,
2014,
2015

Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah sekadar jangkaan sahaja…
~ Ketika Menjelang Tahun Jangkaan Berkahwin
Tentu kita akan tertanya-tanya, apa yang akan berlaku ketika menjelangnya tahun jangkaan berkahwin? Menurut kajian yang dilakukan oleh En. Eddy Rosyidie Mohd Samsury, apabila sampai pada tahun jangkaan berkahwin, terdapat fenomena menarik berlaku kepada individu itu iaitu terdapat keinginan, pelawaan atau pinangan untuk berkahwin. Walaubagaimana pun, faktor persekitaran seperti masih lagi seorang student, faktor belum tiba jodoh atau belum bersedia dan sebagainya menyebabkan individu itu tidak mengambil keputusan untuk berkahwin…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...