Friday 13 January 2012

Relaks.....


Printer Salah Warna
Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.
Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.
Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isuhangat semasa telefon kedainya berdering.
Sumardi: “Hello!”
Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”
Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”
Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..
Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”
Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”
Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”
Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”
Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”
Ajoi: “Dah ketat la wwei…”
Sumardi: “Hmm… ok-ok jangan marah encik, cuba encik uninstall balik software printer tadi lepas tu encik install semula, nnt encik call balik.Takut encik salah install tadi.”
Ajoi buat uninstall printer tadi dan reinstall balik tapi masalah tadi tetap berlaku, dia call customer service tadi..
Ajoi: “Haloo! Tak boleh lagi lah!”
Sumardi mula pening dan minta bantuan kawan-kawan dia yang lain. Malangnya semua xde idea..
Sumardi: “En Ajoi, nanti saya cuba tanya orang HQ atau search kat google jap , nanti saya telefon encik semula.”
Setelah dua jam, Sumardi dan kawan-kawan dia tadi masih tak menemui jawapannya dan membuat keputusan supaya Ajoi menukar printer baru. Tiba-tiba AJoi call balik customer service tadi…
Ajoi:”Halo saya nak tanya lagi nih, adakah lebih baik kalau saya guna A4 warna putih daripada kertas warna kuning yang saya gunakan sekarang…?”
Sumardi: Terharu…sampai menitik air mata.

Cuti Seminggu Gaji Jalan
Seorang Pengarah mewajibkan setiap pekerjanya bercuti seminggu dalam sebulan secara bergilir-gilir dan dalam mesyuarat pengurusannya.
Boss: Ok bulan Septermber, Sumardi dah cuti seminggu, bulan lepas – Roslan dah cuti seminggu, bulan ni Pancis cuti seminggu dan bulan depan giliran Ajoi pula cuti seminggu.
Ajoi: Orait boss janji gaji jalan.
Boss: Takpe gaji company tetap bayar.
Roslan: Tapi boss kenapa boss buat camni ?
Boss : Syarikat kita kan tengah sakit ni, sekurang-kurangnya ada penjimatan elektrik apabila bilik dan PC korang bercuti tu seminggu tak on.
Sumardi: Boss, jimat elektrik tapi gaji tetap jalan, kan rugi manpower nanti.
Boss: Takper, memang tu pun tujuan utamanya.
Ajoi: Apa tujuan sebenarnya boss?
Boss: Saya nak tahu siapa antara korang yang ada ker , takde sama jer ….
dan tak menjejaskan operasi syarikat.
So senang saya nak buang!
Sumardi,Roslan,Pancis, Ajoi: waaa……!!!

Driver Dan Boss
Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos
sorang ni berkata, “Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa
bodoh.Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia”. dia memanggil driver Dia dan berkata,”Ah Beng… awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo”. Ah Beng jawab,”Yes sir! Orait!!” dan terus bergegas ke showroom kereta.
Bos yang satu lagi pulak berkata,”Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver
lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!”. Leman berlari ke bosnya. “Apahal tuan?”. Bosnya berkata, “Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak”. Leman jawab, “Orait tuan!!”, lalu bergegas balik ke rumah bosnya.
Bosnya berkata kepada bos satu lagi, “Tengok! Si Leman ni memang bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yang saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha…”.
Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,”Lu tau ka, gua punya bos aa… maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?”.
Si Leman balas balik, “Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh
aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...