Friday 9 March 2012

Hari ini.....


Bertujuan nak bermain di pusat sukan, tapi tak kesampain sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi bermain lah di kawasan hadapan rumah. Agak happening walaupun sekadar main-main nak keluarkan peluh. bermain badminton, takraw, skipping, bergelak ketawa didepan jiran-jiran yang lain. kalau ada kereta yang hendak lalu, kami berhenti seketika untuk diberikan laluan. maklum la bermain di atas jalan raya. Sedang leka bermain, kedengaran seorang makcik menegur salah seorang dari kami. Makcik tersebut agak lama merenung kami bermain di situ. Nampak seperti makcik tersebut berminat dengan cara kami bermain. Dua orang dari kami datang mendekati makcik tersebut. Perbualan pun bermulalah dari situ. Makcik tersebut menggelar dirinya sebagai mak dihadapan dua orang yang datang berbual tadi. Yang lain nya sambung kembali bermain. Kelihatan makcik tersebut seperti sunyi apabila berbual dengan nya. Terasa sayu melihat makcik tersebut. Makcik tersebut menceritakan pelbagai-bagai kisah hidupnya. Sudah berusia dalam 70an umurnya. agak terkejut kerana rupa parasnya serta penampilannya seperti 50an. Perbualan berlangsung sehingga magrib. Keseorangan makcik tersebut apabila dicerita kan kisahnya. Sunyi nampak rumahnya berbanding rumah sewa kami yang ramai anak-anak muda sedang berborak, bermain dan lain-lain. Terasa kehadiran kami disitu membuatkan makcik tersebut terdetik untuk berbual dengan kami serta telah memberi kami sedikit buah tangan iaitu sedikit kuih raya yang dikatakan masih lagi banyak di dalam rumah nya. Kami menerima dengan rasa yang amat bersyukur. Perbualan tersebut berakhir dengan waktu yang hampir magrib. Walau bagaimana pun, terasa amat bersyukur dapat berbual dengan makcik tersebut seperti sedang berbual dengan mak sendiri. Begitu lah cerita nya. "Hari ini"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...