Tuesday 13 March 2012

Kawan ku....

Hari ini rakan ku agak kecewa dengan ku kerana hari ini ak tidak pergi makan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Ini disebabkan kebetulan ada cerita episod yang agak ku minati kerana selalu menonton cerita tersebut semasa cuti pada masa itu. Perut ku yang lapar tiba-tiba tidak terasa lapar pada ketika itu. Ada seorang rakan ku juga meminati cerita itu. Jadi kami pun menonton cerita itu sampai habis ditambah pula cerita ini sudah tiba ke episod akhir. Disebabkan itu juga aku tidak mahu melepaskan episod ini. Sesudah cerita itu mencapai penamatnya, rakan-rakan ku terus pergi ke kedai makan kerana mereka telah menahan kelaparan semasa menonton cerita itu. Tapi aku pula tidak kerana kebetulan sekali lagi rakan-rakan ku yang sebahagiannya telah bercadang untuk memasak. Aku pun membuat keputusan untuk menyertai mereka kerana keinginan untuk keluar ke kedai makan sudah agak kurang semasa itu. Bergitu lah kisahnya rakan ku ini yang agak kecewa. Minta maaf ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...