Wednesday 21 March 2012

Semangat......

Nak menulis ni kadang-kadang kene ada mood. Macam sekarang ini, mood datang tidak disangka. Semangat menulis apa yang ingin dituliskan akan tertulis disini. Kadang-kadang baru je ada mood, tapi menghilang pula idea-idea ynag bernas. Inilah cabaran menulis apa yang tak dirangcang. Macam mana la agaknya orang-ornag yang menulis buku-buku macam novel, cerita dan lain-lain lagi. Fikiran mereka agaknya penuh dengan idea-idea dan tak putus-putus mengalir macam air terjun la katakan. Tapi bagi yang sudah biasa mungkin itu sudah jadi suatu perkara yang mudah kerana minda mereka sudah terlatih dengan persekitaran sekeliling. Sebab itu lah dengan adanya semamgat dari diri sendiri dan faktor-faktor lain seperti keluarga, kawan-kawan, pendidik dan ada kalanya dari tokoh-tokoh ternama dapat menjadi pendorong pembakaran semangat itu untuk membara. Sudah tiada lagi idea yang ingin dituliskan pada saat ketika ini. Nampaknya selepas ini akan muncul pula idea-idea lain kerana setiap hari kita menghadapi hari-hari yang berbeza. Jadi, hargailah hari yang sedang kita lalui kerana selepas ini hari yang seterusnya adalah sutu anugerah yang amat beharga bagi sesiapa yang pandai menghargainya. Sekian wasalam......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...