Sunday 25 March 2012

Bejalan-jalan,bersiar-siar,..... jarak jauhhh...

Bergerak dari satu tempat ke satu tempat merupakan sesuatu yang boleh dikatakan berjalan-jalan atau bersiar-siar. Dengan aktiviti ini kita kadang-kadang dapat menenangkan fikiran yang agak kusut atau sedang serabut dengan apa yang dialami oleh diri kita ini. Memang tenang apabila dapat keluar seketika apabila keadaan sedang kusut. Ini lah kuasa Allah SWT memberikan kita semua pelbagai-bagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berbagai-bagai. Gembira dapat membawa moto ke destinasi yang kita inginkan. Jadi, dapat ketenangan apabila berbuat demikian. Sungguh tidak disangka. Alhamdullilah syukur......

Wednesday 21 March 2012

Semangat......

Nak menulis ni kadang-kadang kene ada mood. Macam sekarang ini, mood datang tidak disangka. Semangat menulis apa yang ingin dituliskan akan tertulis disini. Kadang-kadang baru je ada mood, tapi menghilang pula idea-idea ynag bernas. Inilah cabaran menulis apa yang tak dirangcang. Macam mana la agaknya orang-ornag yang menulis buku-buku macam novel, cerita dan lain-lain lagi. Fikiran mereka agaknya penuh dengan idea-idea dan tak putus-putus mengalir macam air terjun la katakan. Tapi bagi yang sudah biasa mungkin itu sudah jadi suatu perkara yang mudah kerana minda mereka sudah terlatih dengan persekitaran sekeliling. Sebab itu lah dengan adanya semamgat dari diri sendiri dan faktor-faktor lain seperti keluarga, kawan-kawan, pendidik dan ada kalanya dari tokoh-tokoh ternama dapat menjadi pendorong pembakaran semangat itu untuk membara. Sudah tiada lagi idea yang ingin dituliskan pada saat ketika ini. Nampaknya selepas ini akan muncul pula idea-idea lain kerana setiap hari kita menghadapi hari-hari yang berbeza. Jadi, hargailah hari yang sedang kita lalui kerana selepas ini hari yang seterusnya adalah sutu anugerah yang amat beharga bagi sesiapa yang pandai menghargainya. Sekian wasalam......

Wednesday 14 March 2012

Berbasikal

Huh. Agak letih bila kembali berbasikal kerana sudah agak lama meningalkan sukan ini. Tapi, menarik kerana dapat merasai suasana yang indah semasa mengayuh basikal. Bermacam-macam permandangan dapat dilihat semasa mengayuh basikal. Rakan-rakan ku juga menyertai aktiviti ini, ini menambah kan lagi keseronokan bersama-sama. Tapi tidak disangka suatu kejadian telah terjadi dimana, ada rakan ku yang telah mencapai tahap keletihannya sehingga telah terduduk selepas mengayuh mendaki bukit. Agak mengejukkan juga melihat keadaan itu. Walaubagaimanapun, ini adalah suatu pengalaman yang berharga kerana dapat merasai kembali perasaan kengayuh basikal. Sekian. Enjoyyy.... =)

Tuesday 13 March 2012

Kawan ku....

Hari ini rakan ku agak kecewa dengan ku kerana hari ini ak tidak pergi makan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Ini disebabkan kebetulan ada cerita episod yang agak ku minati kerana selalu menonton cerita tersebut semasa cuti pada masa itu. Perut ku yang lapar tiba-tiba tidak terasa lapar pada ketika itu. Ada seorang rakan ku juga meminati cerita itu. Jadi kami pun menonton cerita itu sampai habis ditambah pula cerita ini sudah tiba ke episod akhir. Disebabkan itu juga aku tidak mahu melepaskan episod ini. Sesudah cerita itu mencapai penamatnya, rakan-rakan ku terus pergi ke kedai makan kerana mereka telah menahan kelaparan semasa menonton cerita itu. Tapi aku pula tidak kerana kebetulan sekali lagi rakan-rakan ku yang sebahagiannya telah bercadang untuk memasak. Aku pun membuat keputusan untuk menyertai mereka kerana keinginan untuk keluar ke kedai makan sudah agak kurang semasa itu. Bergitu lah kisahnya rakan ku ini yang agak kecewa. Minta maaf ye...

Sunday 11 March 2012

Dari SA ke KL singgah di Ampang kunjung mengunjung

Ulang alik. Emm... Agak letih bila tiba ke destinasi. Tapi berpuas hati kerana tujuan tercapai. Perjalanan yang agak seperti dipermudahkan kerana tiada apa-apa masalah yang terjadi semasa dalam perjalanan. Bersyukur kerana diberi keselesaan dan dipermudahkan urusan. Penagalaman ditambah walaupun beberapa kali selalu bergerak ke sana kesini. Melihat permandangan semasa bergerak mmg suatu yang agak seronok. Tenang melihat kejadian Allah SWT yang agung. Dapat merasa angin semasa bergerak diatas moto dalam jangka masa yang agak lama. kenikmatan yang agak nikmat bagi diri ini. Seronok juga hari ulang alik ini. hehe......

Friday 9 March 2012

Hari ini.....


Bertujuan nak bermain di pusat sukan, tapi tak kesampain sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi bermain lah di kawasan hadapan rumah. Agak happening walaupun sekadar main-main nak keluarkan peluh. bermain badminton, takraw, skipping, bergelak ketawa didepan jiran-jiran yang lain. kalau ada kereta yang hendak lalu, kami berhenti seketika untuk diberikan laluan. maklum la bermain di atas jalan raya. Sedang leka bermain, kedengaran seorang makcik menegur salah seorang dari kami. Makcik tersebut agak lama merenung kami bermain di situ. Nampak seperti makcik tersebut berminat dengan cara kami bermain. Dua orang dari kami datang mendekati makcik tersebut. Perbualan pun bermulalah dari situ. Makcik tersebut menggelar dirinya sebagai mak dihadapan dua orang yang datang berbual tadi. Yang lain nya sambung kembali bermain. Kelihatan makcik tersebut seperti sunyi apabila berbual dengan nya. Terasa sayu melihat makcik tersebut. Makcik tersebut menceritakan pelbagai-bagai kisah hidupnya. Sudah berusia dalam 70an umurnya. agak terkejut kerana rupa parasnya serta penampilannya seperti 50an. Perbualan berlangsung sehingga magrib. Keseorangan makcik tersebut apabila dicerita kan kisahnya. Sunyi nampak rumahnya berbanding rumah sewa kami yang ramai anak-anak muda sedang berborak, bermain dan lain-lain. Terasa kehadiran kami disitu membuatkan makcik tersebut terdetik untuk berbual dengan kami serta telah memberi kami sedikit buah tangan iaitu sedikit kuih raya yang dikatakan masih lagi banyak di dalam rumah nya. Kami menerima dengan rasa yang amat bersyukur. Perbualan tersebut berakhir dengan waktu yang hampir magrib. Walau bagaimana pun, terasa amat bersyukur dapat berbual dengan makcik tersebut seperti sedang berbual dengan mak sendiri. Begitu lah cerita nya. "Hari ini"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...